Pages

8 October 2016

AIR KURMA MERAH - MINUMAN HARIAN & MASA PANTANG


Selamat Tengahari :)

Aina nak berkongsi air yang aina selalu amalkan sebelum mengandung, masa mengadung dan dalam pantang - AIR KURMA MERAH
Buah kurma merah kering boleh dijadikan sebagai snek atau dimasukkan ke dalam pelbagai jenis pencuci mulut. Kurma ini juga menyediakan nutrien penting dalam diet hari ini seperti Vitamin A, Vitamin C, Vitamin E, Vitamin K, Vitamin B6, Zat besi, Sumber Kalcium dan sebagainya.

Manfaat-Mafaat :-
* Melancarkan perjalanan darah
* Antioksida
* Mengekalkan fungsi hati
* Memulihkan tenaga
* Mengecutkan peranakan/rahim 
* Cantikkan kulit

Air kurma ini bukan untuk wanita sahaja ya, sesuai juga untuk lelaki.


Bahan-bahan :-
1) 7 biji kurma merah (500ml air) / 14-16 biji kurma merah (1litre air)
2) Dang shen (dalam 50sen besar)
3) Air betul-betul panas


Kurma Kering Merah
                                                   
Dang Shen
                                       
Cara-cara :-1) Letakkan kurma dan dang shen ke dalam termos.
2) Letak air yang betul-betul panas
3) Tutup rapat dan tunggu 6-8jam dan minum.


 



Optional :-
Boleh letak "Goji" masa nak minum, dalam 10biji ke 20biji.

  
Goji


MENAMBAHKAN SUSU / MINUM MASA PANTANG :-

- Letakan kurma dan longan dalam termos, letak air yang panas, tutup rapat, minum lepas 6-8 jam.
- Gantikan minum air kosong dengan air kurma ini, bukan sahaja boleh menambahkan susu, tetapi boleh mengelakkan "gemuk air".


Pengalaman aina sendiri masa dalam pantang anak sulung memang aina tak minum air kosong. Aina hanya minum air kurma dalam pantang. Kalau bangun malam untuk pump susu memang best gila minum air kurma ini, badan rasa panas jer dan banyak susu.


ATTENTION
- Kurma merah ini panas, untuk wanita hamil seminggu hanya boleh minum sekali ataupun dua. Kena banyak minum air kosong ya.

- Orang yang mengamalkan minuman ni untuk jaga dalaman dan kecantikan, sila pastikan anda minum banyak air ya, ataupun boleh buang biji kurma merah ini sebelum kita letak dalam termos untuk mengurangkan panas dalam badan kita.

- Bukan hanya buang biji kurma ini boleh kurangkan panas dalam badan ya, manakala boleh tambahkan longan kering dalam air tersebut. (longan kering ini berfungsi sejukkan badan).


DI MANA BOLEH DAPAT KURMA MERAH, GOJI, DONGSHEN DAN LONGAN?


1) Aina beli di kedai traditional cina. Di sana mesti ada dan kita boleh tanya soalan sebelum kita beli. Contoh soalan :"Kurma mana yang manis?" "Dongshen ni dongshen biasa ke quality yang ni ok?" "longan kering ni manis ke?" 

2) Boleh dapat di shopping mall, giant, tesco, atau aeon. Aina pernah beli shopping mall, tetapi kurma yang aina beli dah lama rasanya, sebab tak manis langsung. Kita nak kurma yang manis supaya kita tak perlu tambah gula dalam air tersebut. Kalau kurang manis aina cadangkan letak longan manis. Kurangkan gula dalam air ya.


Selamat mencuba :)

Thanks for reading,

Aina

No comments:

Post a Comment

AINA AUDREY GAN © . Designed by MaiGraphicDesign