AINA AUDREY GAN

Pages

3 November 2017

HEALTHY SNACK UNTUK ANAK KECIL

Assalamualaikum & selamat malam.

Malam ini aina nak share makanan sihat untuk anak kecil . Jimat duit dan jimat masa untuk sediakan snack ini.


Snack yang sihat & comel.
Resepi ini hanya perlu 3 bahan seperti di bawah :-
🍓 2 telur kuning
🍓 5g tepung jagung
🍓 15g tepung susu

Cara-cara :-
1. Guna hand mixer beat telur kuning dalam bekas yang kering, (tanpa air & minyak ya)sehingga warna kuning jadi light yellow.

2. Tapis dulu tepung jagung & tepung susu supaya smooth.

3. Masukkan tepung jagung dan tepung susu dalam bekas telur kuning dan kacau sebati. (Takde ketulan ya.)




4. Letak no3 ke dalam beg piping.

5. Sediakan tray & baking paper, then kita boleh potong sikit kat beg piping tu dan start buat shape bulat( paling senang, haha)

6. Bake dalam oven 10minit & temperature 150°c. (Nak preheat oven dulu pun boleh.)

-SIAP-


Tunggu sejuk dulu sebelum letak dalam bekas

Senang kan? Dah siap tu boleh simpan dalam bekas. Yang resepi aina bagi tu dapat dalam 30biji sahaja, is better buat sikit, tak cukup kita buat lagi, snack ini pun tak boleh nak simpan lama. 

Aina buat ini simpan 2 hari je. Kita takde letak bahan bagi snack ni tahan lama, so jangan simpan sampai seminggu oii.

Snack kat luar sangat mahal, kejap je dah kena beli, apa kata kita pakai apa yang ada di rumah dan anak-anak kita rasa air tangan mak?

Masa QUESTION & ANSWER :

Q : Berapa umur boleh makan?
A : 10bulan ke atas is better.

Q: Anak saya 8bulan boleh bagi makan tak?
A : Jika anak anda takde allergic makan telur kuning inshaAllah takde masalah. (Atau u boleh try tanya doc.)

Q: Boleh simpan berapa hari?
A : Saya simpan 2 hari sahaja, tak simpan lama, takut rosak juga.

Q : Rasa snack ni sedap ke? Macam biscuit ke?
A : Ia takde la sedap sangat, tapi anak aina suka, dan snack ini rasa telur, hehe. Tak crispy, lembut cam roti tapi keras compare dengan roti.

Q : Boleh letak gula tak?
A : Aina tak suggest. Buat masa ini aina masih bagi anak aina makan real food. Real food maksudnya makanan tak tambah garam, kicap, gula, aina akan rebus, kukus, goreng dengan olive oil. Contoh, nak masin? Letak ikan bilis gitew. Nak manis? Letak labu atau ikan. Masa kecil tanggungjawab aina jaga kesihatan dia, dia nak makan apa masa dia dah besar itu aina takkan sekat, janji badan dia dah ada basic healthy food ❤ 

Thanks for reading ❤


Baca Selanjutnya »

25 October 2017

TASIK TITIWANGSA

Pertama kali Aina datang tempat ni.

Al kisah hari itu pergi shah alam dan kl cari barang dengan ma,dinar,yamin, dan anak-anakku. 

Masa nak balik tu aina dan family tak tau nak makan apa, last yamin cakap jom makan dekat titiwangsa, kueh tiaw sana famous.

So kita pun menghala ke titiwangsa. Masa tu damia dah tidur, kalau dia tak tidur mesti sibuk nak minta kueh tiaw juga. Haha.

Lepas makan, yamin cakap nak gi satu tempat, so kita semua ok, sampai destinasi tu, bukan daris je yang sorok, malah mamanya. Hohoho. 

  
so beautiful
Turun kereta dah pelik, kenapa banyak orang naik basikal. Tiba-tiba ada basikal electric lalu depan aina, terus aina tanya dekat yamin boleh sewa ke? Dia pun tak pasti, sebab dia biasa jogging di sini, tak pernah sewa, tapi boleh try tanya orang sana. So tunggu apa lagi? Speed i masa tu macam fast & furious.( yang ni over sikit ;D)

Lepas bawa daris pergi tandas, depan tandas sana susun banyak jenis basikal, antaranya ada yang macam beca bokeh gayuh 4 orang, ada yang basikal 3 seat, ada yang basikal electric, dan macam-macam lagi.

Aina tanya yang basikal electric tu, sebab tak perlu guna energy. Ishh Ishh Ishhhh haha.
Harganya :
RM25 untuk 30minit
RM45 untuk 1jam (promosi)

Aina pilih yang 30min tu dulu sebab masa tak diizinkan, sebab lepas balik ke rumah, yamin nak tolak balik kl, so aina pun pilih yang setengah jam tu.

  

Apa lagi, terus suruh daris naik seat belakang dan bawa dia gi jalan-jalan.
Sambil bawa sambil suruh daris tengok mana tokmanya.

Mia tengah confuse jap

Jumpa juga dengan tokmanya dan dinar di half way haha, damia tengok mama dia macam pelik, tadi jalan kaki, sekarang naik gapo bendo ni? :D


Ma pulak ingat mak cik mana yang gelak-gelak sambil bawa motor ni, rupanya menantunya. Sebab awal-awal aina bagitau nak gi tandas, tiba-tiba sampai dengan basikal electric yang berlampu.


nampak tak view belakang tewww


Aina bawa daris round satu round tasik titiwangsa. Lepas tu ma pula yang bawa, last yamin yang hantar basikal tu balik ke owner dia haha.

Ikut hati aina nak tambah masa lagi hoho, tak puas main, macam budak. Lain kali nak datang dengan hubby, dia kerja tak dapat join kita. 
                           


Cantik sangat sangat view sana. Dah la aina memang suka view malam, dengan lampu shining semua tu, especially ada view KLCC & KL TOWER.
Memang fall in love dengan view macam ni.


So siapa suka view cantik, tak tau nak gi dating di mana ke, nak bawa anak-anak gi mana? Hah, pergi la tasik titiwangsa, tapi sana tak boleh nak lepas anak lari sana lari sini, kita kena jaga, sebab ramai orang menaiki basikal, ada motor, kalau malas nak ikut belakang anak sila sewa yang muat satu keluarga, boleh create memory yang indah sama-sama.




Baca Selanjutnya »

28 November 2016

MIDVALLEY BABY EXPO 24NOV-27NOV 2016

Alhamdulillah sempat pergi baby fair kali ini. Teringat balik anak sulung pun aina tak pernah pergi baby fair, dah admit wad baru rayu kat doc nak balik ke rumah kemas apa yang perlu haha. So kali ini Aina nak sediakan apa yang perlu awal-awal, so tak kelam kabut nanti.

     
Otw ke baby expo.


Mula-mula plan nak pergi pada hari sabtu, sebab Aina kerja, tapi sebab admitted, dan nasib baik boleh keluar wad , so kita terus pergi pada hari 1st day of baby expo. 
Sampai-sampai sana :"Perhhhh, penuh, car park penuh semua FULL." 
Jam sangat jalan kat sana, nak masuk parking pun susah tau, last-last kita pergi dekat Carpark Zone C, masa tu hujan lebat, kereta yang tak basah pun belum dapat parking, apa kata kita yang baru masuk ke carpark. 
We are lucky, dapat carpark betul-betul depan escalator :D Peace.


  

Belanja gambar masa habis shopping :D


Terlalu ramai di dalam expo tu sampai tolak-tolak pun ada, ramai yang pregnant mummy pun tolak-tolak tau, aina pula jalan sambil cover perut. 

1st masuk nampak ramai orang borong pamper, memang murah kalau compare harga shopping mall, tapi masa ini lazada lagi murah tau :P 
So aina tak beli pamper langsung. Aina just masuk terus ke Hall 2.
Hall 2 itu macam-macam ada, mula-mula kita lalu kedai baby cot, perhhhh, hanya baby cot RM800++, nampak simple jer, tanya-tanya harga baby bedding set yang simple pun RM400++, belah jer ler, haha, tidak berbaloi langsung. Nasib baik aina dah survey sebelum nak datang baby fair ini. So Aina tau apa yang boleh beli apa yang tidak. 


Lepas tu lalui kedai cina yang jual barang mandian herbal dan minuman dalam pantang, Aina cakap cina terus dia terkejut, tanya sekolah cina ke, fasih sangat bahasa cina you, sebiji macam orang cina cakap cina ;) Sebab aina pakai tudung, muka dah la tak macam cina ish ishh so kena face soalan macam ini selalu haha. 



Aina beli satu kotak dengan dia jer, yang sekotak ini RM55.00, untuk mandi 10 hari, Aina beli pun di sini bukan macam kampung boleh dapat daun-daun herbal untuk mandi, second sebab standby if bersalin awal boleh masak air ini dan mandi dulu sebelum MIL datang. Kelebihan mandian herbal ini ada lebih 10 jenis herbal yang natural untuk mengelakkan badan kita masuk angin, kurangkan stress, kurangkan letih, senang nak tidur, bersihkan badan, detox & sebagainya. Promoter itu bagitau air herbal ini baby pun boleh mandi sekali tau, hehe. Ini pun kali pertama Aina beli, so lepas pakai baru boleh share review ya :) 



Pas beli Aina pun singgah kedai Autumnz , beli botol yang nak simpan susu nanti & storage bags. Niat nak fully breastfeeding & suami memang sokong jer :)
Aina beli botol satu kotak RM30, kalau yang ada warna tu RM32, dulu daris punya bottle simpan susu bf pun dah warna purple, so kali ini pilih jer putih, sebab lawa & ada sikit pink pink :P
RM10 untuk breastmilk storage bags, aina beli 12oz satu & 7oz dua. 





Ada satu kedai nampak menarik sebelah kedai autumz tu, kedai ini jual baby carrier dan ramai sangat orang tengok, Aina & suami pun henti sebab harga asal dekat RM300, tapi promotion RM99 sahaja dan made in korea, kita tengok dia buat testimoni cara pakai semua, suami aina berminat dengar baby carrier ini, tapi aina ajak dia jalan-jalan dulu, nanti datang balik. Tapi nasib baik ler, ada stock lagi masa kita datang balik, orang tu cakap tinggal dua, hari ini punya dah almost sold out.
Ada tiga warna sebenarnya, merah, hitam & grey. Suami aina tertarik dengan warna grey, dia cakap hitam kalau baby muntah nampak sangat, merah pula ramai dah beli, yang special punya warna grey :)

     



Disebabkan masa tu jalan penuh dengan orang, ada yang start tolak-tolak, ada kedai yang ramai orang sampai dah masuk nak keluar tu susah sangat, dah la tangan hubby penuh ambil barang, aina suruh dia tunggu di tepi jap, aina nak tengok di corner-corner tu jual barang murah ke mahal. Suami aina pun berdiri di satu corner yang orang tak dapat nak tolak haha.

Aina masuk ke kedai jual jamu & barang-barang lain. Niat nak tengok ada tak sabun tanamera. Hari tu terbaca blog kata lepas kita bersalin try mandi guna sabun ini supaya daki-daki sepanjang kita pregnant susah nak hilang akan hilang.
Nasib baik kedai ini ada jual, RM18 seketul. Aina test tanya barang lain, memang mahal gilerrr di kedai tu, contoh aina boleh dapat minyak kelapa dara RM38, dia jual RM75, so aina beli sabun ni jer dan belah.





Cerita kat suami dah jumpa sabun tanamera, suami pulak gelak, sebab dia ingat napa aina nak mandi dengan sabun "tanah merah". Sebelum ini aina duk sebut nak cari sabun tanamera, suami rasa pelik tapi dia tak tanya, sekarang baru clear, hello sygku, aina nk pantang bukan nk samak :P

Kita sambil sembang sambil pusing-pusing area sana, manatau jumpa barang yang berbaloi kan, Aina pun masuk satu kedai jual bumble bee, tertarik dengan storage bottle ini, sebab harga RM25 dapat 10bottle, lebih murah compare ngn autumnz. Tanya hubby boleh tak nak beli , dia cakap kalau murah ambil, janji pakai ya. 



Kita tak terus bayar, masih round kat dalam kedai ini, sebab nampak ada jual tilam :P
Nampak satu set tilam dengan harga RM85, suami macam berminat, so kita tengok semua, masa nak beli aina tanya boleh ke tilam ini letak di baby cot?
Dia cakap ini tilam travel. Kalau nk gi mana-mana bawa jer tilam ini, tapi baby cot besar tak boleh. Last-last kita decided beli juga, sebab murah compare ngn shopping mall dekat harga RM200 tu,  katalah kita nak letak baby atas katil, risau pula ada kotor yang kita tak nampak  semua, nak letak kat ruang tamu pun senang pas ini or balik kampung baby tidur atas tilam dia sendiri :)




Masa ini dah dekat asar, suami pun cakap nak letak barang ke dalam kereta dulu, baru solat dan sambung shopping, so on the way nak keluar tu hati aina duk fikir mana tommee tippee, nak beli bottle baby yang 50% discount tu, hah....jumpa juga masa nak keluar ke main hall, haha. 
Suami aina tunggu di tepi satu ruang kecil, aina yang masuk cari barang, sebab memang full dan suami aina pun tak tau sangat harga-harga. 
Nak masuk tu kena beratur, sampai turn pekerja sana akan tanya : "nak shopping bag?"
Of course aina jawab "Yes, tq.".
Shopping bag sana macam bag kita letak set toto tilam tau hahaha.


So ni la yang aina grab dalam kedai TT tu:-
1. Set feeding bottle,
2. JJ cole body support
3. Food container.
4. TT teats
5. Oral care kit.

Semua ini memang discount hebat baru aina beli tau.
Body support tu mahal, masa aina ambil harga tulis 20++, tapi balik rumah buat record buku harga dalam resit RM50++. Beli ini pun sebab stroller abg daris dulu dah lama xpakai, pindah rumah hari tu pun dah kena debu semua, takut kotor, so beli ini jer la, membazir kalau beli stroller baru.
Total beli semua ini dalam RM200++.



Keluar dari kedai tommee tippee, aina pun jumpa dengan hubby,kata boleh la letak barang dalam kereta dulu, baru jer nak keluar Aina jumpa pula Pureen sales :P
Ala-ala tepi tu jer, Aina pun minta izin nak gi round-round tengok ada murah tak.
Suami berdiri di tepi again, sebab tangan penuh tak dapat nak teman aina masuk.

Barang yang aina beli dalam kedai pureen :-

1. Detergent 
( memang sejak abg daris born pakai brand pureen ni.)

2. Bottle susu utk abg daris
(takde berat sebelah, hari tu dah beli avent baru untuk abg daris dah :) )  


3. Pureen liquid cleanser refill pack
(dah habis flavor original, so aina malas nak tukar yang ada flavor, ala-ala murah beli satu jer cukup.)


4. Pureen shower
(yang ini wangi & murah, kalau tak silap RM11 jer, so grab satu)


5. Pureen wet tissue
(beli ni sbb value pack 2x100's)


6. Sarung tangan & kaki

7. Bengkung baby
8. Seluar new born sekali dengan sarung kaki
( RM8 sahaja, so aina grab satu, walaupun new born tapi dia punya getah longgar tak ketat, so baby akan selesa pakai inshaAllah.)


9. Ubat gigi
( abg daris dah pandai gosok gigi ma ajar tu, suka pulak flavor oren, so aina beli satu untuk dia hehe )


10. Wet tissue feminine

Free gift : mini shampoo & head to toe wash.

Total spend dekat pureen dalam RM105.




Kali ini betul-betul suami letak barang ke dalam kereta :P
Lepas tu solat. Haha.


Suami ajak makan lepas tu, tahap lapar kita tu macam nampak bekas kosong pun boleh imagine letak makanan dalam tu hahaha.
Tapi aina minta nk jalan-jalan ke Hall 3 sebelum makan. Sebab dah keluar memang tak rasa nak masuk balik.
So aina masuk ke hall3 dan jumpa satu kedai Autumnz tapi agak besar kedai ini, ada jual bra untuk breastfeeding semua. So aina pun grab 3 helai, takde gambar ya :P
Memang murah bra breastfeeding dekat sini, RM26 sehelai.
Puas aina tengok bra breastfeeding di hall 2 tadi semua rm39.90, harga semua lebih kurang macam tu dan ada lagi mahal wehhh.


   


Last things kita beli adalah Sterilizer + Warmer combo dan tempatnya di Hall 3.
Berdiri di sana dekat 40min untuk decide nak ke tak nak.
Zaman abg daris dulu mana ada semua ini hah, sian kat ma yang tolong aina dalam pantang dulu, kena guna air panas untuk panaskan susu yang aina dah pump. Nasib baik aina ada MIL yang baik <3
Aina dah survey, brand autumnz pun nak RM180++, even di lazada ada orang comment kadang warmer tak function, jadi takut nk beli.
Kalau beli warmer little bean ini RM69, kalau ambil satu set RM169.00.
Hubby cakap beli jer satu set ini, rumah kita biasa on aircond, takut ada bacteria, baik ada sterilizer. Dulu anak sulung mana nak tau pasal semua benda ini, bukannya ada orang guide :( Sekarang dah grab experience. 


Ini semua la barang kita beli di baby expo, kalau tak beli sekarang pun kita akan beli nanti, nanti harga lagi mahal, yang penting pakai dan jangan membazir apa kita beli. Tak pernah Aina & Suami shopping sekaligus barang semua macam ini tau, sebab nak jimat punya pasal hehe.



Dinner kita pilih yang paling cepat & tak perlu tunggu lama - MCD :)
Kaki masa tu lengguh sangat-sangat, perut pun mengeras aja, so memang duduk kat MCD agak lama sebelum kita drive balik ke kuala selangor.
Bagus juga tinggal jauh haha, jimat duit. Sampai rumah terus catat dalam buku berapa dah spend semua. 


Bersyukur, kerana kita mampu lagi beli semua ini untuk anak yang kita sayang, rezeki daripadaNya, walaupun sejak awal pregnant dengan penuh dugaan, tapi semua ini sebab Allah nak ujikan kita, apa yang kita minta dia bagi, so dia uji kita dengan cara lain.


Tips Aina :


1. Sebelum pergi baby expo sila study dulu ya, apa yang boleh beli apa yang tak boleh, bukan semua barang dalam expo tu murah.


2. Nak senang list down barang yang nak beli dulu,so sampai sana tak kelam kabut & terbeli benda yang tak perlu.

3. Intai-intai harga di shopping mall or online shop, lepas tu compare ngn harga baby expo. 


4. Prepare cash dalam wallet, bukan semua kedai terima credit/debit card. Certain kedai Cash only.


5. Contoh barang yang kita nak beli dalam harga RM4xx.00. So sediakan jer duit RM500.00 dan mengelakkan guna card, masa RM500 dah habis tu, hah, masa untuk pulang ke rumah :D


6. Datang baby expo disebabkan nak jimat, jangan pulak kita beli disebabkan nafsu kita ya dan membazir.
Barang branded aina tak akan main beli macam tu. Contoh botol susu di luar yang biasa pun dah dekat RM17,18 satu, sekarang brand TT jual RM20,22 satu, hah masa ini aina akan grab, bukan botol ini macam emas, sampai masa kena tukar juga, so kena bijak masa menjadi pembeli.


7. Baju baby tak perlu beli banyak, especially baju NB. Ada yang baju NB boleh pakai jer 1minggu, lepas tu simpan, normally aina akan pilih baju 3-6m or 6-12m. 


8. Pampers baby NB tak perlu beli mahal-mahal, sebab sehari dia akan poo banyak kali, pilih yang quality ok dan murah pun dah cukup, lagi pun kita tak tau pampers yang dah borong banyak-banyak tu sesuai tak dengan baby kita.


9. Kalau boleh tukar-tukar botol susu baby, jangan stick dengan satu brand sahaja, contoh sediakan botol anakku, pureen, tt, pigeon di rumah supaya baby kita boleh sesuai dengan semua jenis bottle susu & boleh juga terima kalau kita bf baby.



Ok, rasa dah terlalu panjang aina membebel :)
Assalamualaikum & terima kasih sudi baca entry ini.




Baca Selanjutnya »

17 October 2016

PENGEDAR SHAKLEE AREA KUALA SELANGOR / KLANG

                                                ASSALAMUALAIKUM & HYE :)


Aina tak sempat lagi introduce diri sendiri lagi :P
Salam berkenalan,
Aina pengedar shaklee yang sah & pantas ya !! :) 



Setelah 3 tahun setia consume produk shaklee, akhirnya Aina buat satu decision yang paling tepat dan tidak akan menyesal - menjadi Ahli Shaklee :) Dulu memang tidak sedar kelebihan menjadi ahli tau, lepas Aina study pasal kelebihan ahli shaklee, Aina terus enroll membership. Alhamdulillah, bersyukur lepas ni sihat dengan harga yang jimat.

Disebabkan Aina pengguna setia Shaklee, dan ia membawa banyak sangat kesan baik kepada Aina, Aina pun bermula promote shaklee kepada kawan-kawan yang aina kenal & di laman social :)


Parts of Aina's Shaklee Product :)

CASH ON DELIVERY
Aina boleh COD shaklee kepada anda di Kuala Selangor & Klang.

Aina harap pelanggan yang nak COD boleh inform aina awal ya, supaya aina boleh arrange masa & confirmkan stock ada lagi ke tidak dengan you all :) Aina masih bekerja di Klang, so waktu pagi sehingga waktu 5pm aina boleh COD di area Klang. Manakala pukul 6.30-10pm Aina boleh COD di kuala selangor. Sesiapa nak COD di kuala selangor hujung minggu boleh contact aina seawal-awal 2hari, supaya Aina boleh sediakan produk anda dan Aina boleh confirm dengan you all Aina lapang ke tidak pada hujung minggu tersebut.


Kalau ada customer-customer yang tinggal di MUAR, PARIT JAWA jangan segan untuk contact Aina, kadang-kadang Aina balik ke kampung Aina mana tau ada rezeki boleh COD dan kenal dengan you all kan.


Jika anda nak aina pos kan barang-barang shaklee boleh juga :) Aina akan charge ikut harga & berat poslaju terkini ya.


Suami Isteri pengguna setia shaklee :D


Kelebihan Beli dengan Aina :-
🍅Aina akan consult you all cara-cara yang makan suplimen yang betul supaya nampak kesannya yang you all nak. Janji you all ikut arahan, inshaAllah sangat-sangat berkesan dan demi rezeki & kuasaNYA.

🍅Aina akan bagi FREE GIFT ikut apa yang you all beli ya.

🍅Anda boleh pilih nak ambil barang dengan ONLINE(poslaju) or OFFLINE (cod).
Dapatkan harga yang berpatutan.

🍅FREE POSTAGE kalau anda beli barang sampai certain limit.
Bo🍅Bol


Aina Audrey Gan,
019-3112725
Shaklee Independent Distributor
Baca Selanjutnya »

CARA-CARA MENGATASI MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI OLEH IBU HAMIL

                                                 Assalamualaikum :)


Ibu mengandung di luar sana mesti menghadapi masalah yang sama, -  “TIDUR TERGANGGU KETIKA HAMIL”

Gambar hanya hiasan :D

Apa sebab-sebabnya tidur terganggu?

   1.  Kerap buang air kecil
   - Kerap terbangun daru tidur sebanyak 3, 4 kali semata-mata nak buang air kecil, ia tambah aktif bila kadungan sudah masuk ke trimester 3.


   2.  Lapar disebabkan kurang selera makan
   - Alahan muntah pada awal kadungan memang biasa, tapi ada juga orang menghadapi masalah alahan ini sampai lah ke masa bersalin.


   3. Sukar menafas
   - Saiz Rahim yang semakin membesar akan mengambil lebih banyak ruang dalam abdomen kita sehingga menyebabkan diaphragm susah untuk berfungsi baik.


   4. Denyutan jantung lebih laju 
   - Biasa denyutan jantung di antara 70-80/minit, namun ketika mengandung deyutan jantung melebihi 90 denyutan/minit. Kadang-kala boleh mencecah lebih 100/minit.


   5. Kaki kejang dan sakit belakang
   - Berat badan si ibu menyebabkan otot kita bekerja keras untuk menampung beban yang meningkat. Kadang-kala ibu hamil terbangun malam sebab kaki kejang, kebas dan sakit belakang,sakit itu hanya tuhan jer yang tau, antara satu sebab adalah kurang kalsium.


   6. Pedih ulu hati dan sembelit
   - Pedih ulu hati berlaku apabila kandungan isi dalam perut refluks ataupun patah balik ke esophagus. Sistem pencernaan dalam badan akan menjadi lemah dan makanan akan tinggal lebih lama dalam perut dan usus akan menyebabkan pedih ulu hati dan sembelit.  
     Keadaan akan menjadi lebih teruk apabila Rahim membesar dan menekan perut dan usus besar.


   7. Risau dan kerap bermimpi
   - Kita akan fikir bukan-bukan sampai susah tidur semasa dekat dengan due date. Apa yang boleh kita buat kurang fikir benda-benda negative, membuat sesuatu yang boleh tenangkan jiwa kita seperti mendengar muzik relaxing dan etc.

    
    Cara-cara mengatasi kegangguan di atas :-

  1)   KURANG SELERA MAKAN.
   -   Pada masa ini kita takde selera makan, of course tak cukup khasiat nak supply dekat baby kita. So kita perlu ambil vitamin yang cukup untuk diri sendiri & untuk bayi dalam kandungan supaya baby cukup sihat dan dapat vitamin-vitamin yang diperlukan oleh badan kita dan bayi kita. Awal-awal mengandung ni masa yang paling penting untuk kita cukup rehat, consume vitamin & makanan yang cukup nutrisi untuk pembentukan baby yang sihat.
   -   Aina cadangkan makan VITA-LEA. VITA-LEA salah satu suplemen paling seimbang dengan khasiat yang lengkap, dirumus khas untuk membekalkan 28 vitamin dan mineral penting. 


  2) SEMBELIT / KAKI KEJANG & KEBAS / SAKIT PINGGANG & BADAN
   -   Aina highly cadang cuba OSTEMATRIX. Ia boleh melindungi tulang anda, padat dengan nutrient termasuk kalsium, vitamin D, magnesium dan pelbagai khasiat lain untuk membina & mengekalkan tulang yang kuat. Antara satu sebab kita sakit gigi disebabkan kurang kalsium, so OSTEMATRIX boleh membentuk tulang dan gigi yang kuat.



  3) ALAHAN / KURANG TENAGA
   -  Masa ALAHAN kita mesti takde selera nak makan, automatic badan kita akan kurang nutrisi & protein. Manakala untuk cukup protein dalam badan kita, boleh ambil ESP, inshaAllah bayi dalam perut dapat juga protein seperti kita dapat.
   -  ESP merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting. Ia terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam. Kandungan 14gram protein soya dan 500mg kalsium bagi setiap hidangan.                                                                                 

    
   4) STRESS
   -  Jika anda stress sangat atau terlalu risau pasal bayi dan proses kelahiran, boleh cuba consume B-COMPLEX, ia berfungsi mengurangkan stress & membekalkan spectrum Vitamin B yang lengkap dalam kuantiti yang seimbang.




  5) MASALAH BERAT BADAN & PERKEMBANGAN MINDA BAYI
   -  Biasa mengandung ibu hamil mesti menghadapi satu masalah yang kita susah nak kawal, iaitu berat badan. Tak tahan doctor & nurse membebel? Cuba consume OMEGA GUARD masa kadungan sudah masuk ke trimester 2, InshaAllah berat badan kita cantik jer  :)
   - Omega Guard Shaklee adalah minyak ikan tulen berkepekatan tinggi, ia membekalkan spectrum luas asid lemak Omega-3 gred farmaseutikal yang asli dan tulen. Termasuk EPA untuk kesihatan & DHA untuk fungsi dan perkembangan minda yang normal.

sebab-sebab Aina pilih Omega Guard Shaklee :)



      TIP-TIP KECIL:
     * Letak satu bantal di bawah tapak kaki supaya aliran darah dengan baik, boleh mengurangkan kaki kejang dan tido lena.
     * Pakai stoking semasa tidur, boleh kurangkan bangun waktu malam.
   
* Sebelum tidur minum secawan air suam lepas makan ostematrix (mengelakkan sakit badan, tambah calsium & supaya esok pagi boleh pergi tandas dan membuang dengan "lancar" )
   
* Bangun pagi minum secawan air suam juga, cuci usus kita yang dah rehat satu malam dan air suam juga boleh membantu kita membuang lancar :P
   
* Mengelakkan makan sebelum tidur supaya tak pedih ulu hati, jika lapar sangat, makan makanan yang rendah kalori, contoh : Salad, Buah-buahan & Susu.
     

      InshaAllah cara-cara & suplemen di atas dapat membantu you all :)
Aina sendiri consume Shaklee sejak tahun 2013, walaupun set pantang aina pilih Shaklee. Kesannya memang terbaik, tak tipu :)


Untuk order atau informasi lanjutan boleh menerusi whatsapp / SMS ya, Aina sedia consult you all cara-cara ambil suppliment yang betul <3


Aina Audrey Gan,
     019-311 2725
     Pengedar Shaklee Sah 
Baca Selanjutnya »

12 October 2016

QUEEN OF SHAKLEE - VIVIX

                                         Assalamualaikum & Hye :)

Hari ini Aina nak cerita pasal VIVIX. Kenapa Aina panggil Vivix QUEEN of Shaklee? 
Kebaikkan & manfaat vivix memang TIP TOP dan berkesan ! Siapa yang pernah cuba Vivix ini memang akan repeat order & jadi fans setia kepada Vivix ini. 


Vivix telah terbukti menyelesaikan masalah penyakit-penyakit serius, antaranya :-
- Diabetes
- Strok
- SLE
- Kolestrol tinggi
- Penyakit Jantung
- Cyst / Fibroid / Ovari
- Tekanan Darah Tinggi
- Masalah sendi & Tulang
- Nyanyuk
- Gout
- Masalah saraf
- Masalah kulit
- Stroke
- Sakit Buah Pinggang
- Parkinson
- Kanser
- Kencing manis
- Sesuai sangat untuk orang yang nak berhentikan rokok.


Vivix bukan hanya untuk orang sakit sahaja, ia membantu kita mengelakkan penyakit-penyakit juga.
InshaAllah dengan izinNYA memang akan dapat manfaat banyak untuk orang yang amalkan VIVIX dengan cara betul dan consistent.




KANDUNGAN DALAM VIVIX :-

1. ANGGUR MUSCADINE
- berhentikan bahan kimia yang menjadi penyebab kanser
- anti virus
- anti bacteria
- antioksidan

2. PURPLE CARROT
- sumber vitamin A
- anti-radang
- anti-carcinogen
- mengurangkan risiko penyakit jantung & diabetes

3. POLYGONUM CUSPIDATUM
- membantu melambatkan proses penuaan
- merendahkan tekanan darah & kolesterol.
- mengurangkan berat badan
- meninggikan prestasi atlet

4. ELDERBERRY
- meningkatkan sistem imunisasi tubuh
- meningkatkan kesihatan jantung
- mengubati penyakit kanser
- mengatasi & merawat masalah diabetes


Banyak sangat kebaikan consume VIVIX SHAKLEE, kulit semakin lawa, Anti-Aging, menjauhi kita dengan penyakit-penyakit yang serius, kekal kesihatan dan banyak sangat sampai aina tidak dapat nak list out semua tau. Boleh Google testimoni VIVIX :) InshaAllah lepas anda cuba, aina akan repeat order lagi.



INFORMATION PENTING

Sebelum 15 OCT, beli 2 VIVIX boleh dapat :-
1. FREE MEMBERSHIP
2. FREE VITAMIN-C
3. CASH BACK & LEBIH JIMAT
"Jangan lepaskan peluang ya :) "


Nak tau lebih pasal produk shaklee? Nak tau harga? Sila whatsapp Aina ya :)
Apa kelebihan kalau order dengan Aina?
1- FREE GIFT
2- FREE CONSULTANT (xde charges tau walaupun tanya saja :) )
3- Aina akan mengikutkan masalah anda & guide you cara consume ubat yang betul.

Anda boleh follow aina di :-
Instagram : ainashaklee

Facebook : Aina Audrey Gan

Thanks For Reading <3
Aina,
019-3112725
Pengedar Shaklee Sah.



Baca Selanjutnya »
AINA AUDREY GAN © . Designed by MaiGraphicDesign