Pages

3 November 2017

HEALTHY SNACK UNTUK ANAK KECIL

Assalamualaikum & selamat malam.

Malam ini aina nak share makanan sihat untuk anak kecil . Jimat duit dan jimat masa untuk sediakan snack ini.


Snack yang sihat & comel.
Resepi ini hanya perlu 3 bahan seperti di bawah :-
🍓 2 telur kuning
🍓 5g tepung jagung
🍓 15g tepung susu

Cara-cara :-
1. Guna hand mixer beat telur kuning dalam bekas yang kering, (tanpa air & minyak ya)sehingga warna kuning jadi light yellow.

2. Tapis dulu tepung jagung & tepung susu supaya smooth.

3. Masukkan tepung jagung dan tepung susu dalam bekas telur kuning dan kacau sebati. (Takde ketulan ya.)




4. Letak no3 ke dalam beg piping.

5. Sediakan tray & baking paper, then kita boleh potong sikit kat beg piping tu dan start buat shape bulat( paling senang, haha)

6. Bake dalam oven 10minit & temperature 150°c. (Nak preheat oven dulu pun boleh.)

-SIAP-


Tunggu sejuk dulu sebelum letak dalam bekas

Senang kan? Dah siap tu boleh simpan dalam bekas. Yang resepi aina bagi tu dapat dalam 30biji sahaja, is better buat sikit, tak cukup kita buat lagi, snack ini pun tak boleh nak simpan lama. 

Aina buat ini simpan 2 hari je. Kita takde letak bahan bagi snack ni tahan lama, so jangan simpan sampai seminggu oii.

Snack kat luar sangat mahal, kejap je dah kena beli, apa kata kita pakai apa yang ada di rumah dan anak-anak kita rasa air tangan mak?

Masa QUESTION & ANSWER :

Q : Berapa umur boleh makan?
A : 10bulan ke atas is better.

Q: Anak saya 8bulan boleh bagi makan tak?
A : Jika anak anda takde allergic makan telur kuning inshaAllah takde masalah. (Atau u boleh try tanya doc.)

Q: Boleh simpan berapa hari?
A : Saya simpan 2 hari sahaja, tak simpan lama, takut rosak juga.

Q : Rasa snack ni sedap ke? Macam biscuit ke?
A : Ia takde la sedap sangat, tapi anak aina suka, dan snack ini rasa telur, hehe. Tak crispy, lembut cam roti tapi keras compare dengan roti.

Q : Boleh letak gula tak?
A : Aina tak suggest. Buat masa ini aina masih bagi anak aina makan real food. Real food maksudnya makanan tak tambah garam, kicap, gula, aina akan rebus, kukus, goreng dengan olive oil. Contoh, nak masin? Letak ikan bilis gitew. Nak manis? Letak labu atau ikan. Masa kecil tanggungjawab aina jaga kesihatan dia, dia nak makan apa masa dia dah besar itu aina takkan sekat, janji badan dia dah ada basic healthy food ❤ 

Thanks for reading ❤


Baca Selanjutnya »
AINA AUDREY GAN © . Designed by MaiGraphicDesign