Pages

28 November 2016

MIDVALLEY BABY EXPO 24NOV-27NOV 2016

Alhamdulillah sempat pergi baby fair kali ini. Teringat balik anak sulung pun aina tak pernah pergi baby fair, dah admit wad baru rayu kat doc nak balik ke rumah kemas apa yang perlu haha. So kali ini Aina nak sediakan apa yang perlu awal-awal, so tak kelam kabut nanti.

     
Otw ke baby expo.


Mula-mula plan nak pergi pada hari sabtu, sebab Aina kerja, tapi sebab admitted, dan nasib baik boleh keluar wad , so kita terus pergi pada hari 1st day of baby expo. 
Sampai-sampai sana :"Perhhhh, penuh, car park penuh semua FULL." 
Jam sangat jalan kat sana, nak masuk parking pun susah tau, last-last kita pergi dekat Carpark Zone C, masa tu hujan lebat, kereta yang tak basah pun belum dapat parking, apa kata kita yang baru masuk ke carpark. 
We are lucky, dapat carpark betul-betul depan escalator :D Peace.


  

Belanja gambar masa habis shopping :D


Terlalu ramai di dalam expo tu sampai tolak-tolak pun ada, ramai yang pregnant mummy pun tolak-tolak tau, aina pula jalan sambil cover perut. 

1st masuk nampak ramai orang borong pamper, memang murah kalau compare harga shopping mall, tapi masa ini lazada lagi murah tau :P 
So aina tak beli pamper langsung. Aina just masuk terus ke Hall 2.
Hall 2 itu macam-macam ada, mula-mula kita lalu kedai baby cot, perhhhh, hanya baby cot RM800++, nampak simple jer, tanya-tanya harga baby bedding set yang simple pun RM400++, belah jer ler, haha, tidak berbaloi langsung. Nasib baik aina dah survey sebelum nak datang baby fair ini. So Aina tau apa yang boleh beli apa yang tidak. 


Lepas tu lalui kedai cina yang jual barang mandian herbal dan minuman dalam pantang, Aina cakap cina terus dia terkejut, tanya sekolah cina ke, fasih sangat bahasa cina you, sebiji macam orang cina cakap cina ;) Sebab aina pakai tudung, muka dah la tak macam cina ish ishh so kena face soalan macam ini selalu haha. 



Aina beli satu kotak dengan dia jer, yang sekotak ini RM55.00, untuk mandi 10 hari, Aina beli pun di sini bukan macam kampung boleh dapat daun-daun herbal untuk mandi, second sebab standby if bersalin awal boleh masak air ini dan mandi dulu sebelum MIL datang. Kelebihan mandian herbal ini ada lebih 10 jenis herbal yang natural untuk mengelakkan badan kita masuk angin, kurangkan stress, kurangkan letih, senang nak tidur, bersihkan badan, detox & sebagainya. Promoter itu bagitau air herbal ini baby pun boleh mandi sekali tau, hehe. Ini pun kali pertama Aina beli, so lepas pakai baru boleh share review ya :) 



Pas beli Aina pun singgah kedai Autumnz , beli botol yang nak simpan susu nanti & storage bags. Niat nak fully breastfeeding & suami memang sokong jer :)
Aina beli botol satu kotak RM30, kalau yang ada warna tu RM32, dulu daris punya bottle simpan susu bf pun dah warna purple, so kali ini pilih jer putih, sebab lawa & ada sikit pink pink :P
RM10 untuk breastmilk storage bags, aina beli 12oz satu & 7oz dua. 





Ada satu kedai nampak menarik sebelah kedai autumz tu, kedai ini jual baby carrier dan ramai sangat orang tengok, Aina & suami pun henti sebab harga asal dekat RM300, tapi promotion RM99 sahaja dan made in korea, kita tengok dia buat testimoni cara pakai semua, suami aina berminat dengar baby carrier ini, tapi aina ajak dia jalan-jalan dulu, nanti datang balik. Tapi nasib baik ler, ada stock lagi masa kita datang balik, orang tu cakap tinggal dua, hari ini punya dah almost sold out.
Ada tiga warna sebenarnya, merah, hitam & grey. Suami aina tertarik dengan warna grey, dia cakap hitam kalau baby muntah nampak sangat, merah pula ramai dah beli, yang special punya warna grey :)

     



Disebabkan masa tu jalan penuh dengan orang, ada yang start tolak-tolak, ada kedai yang ramai orang sampai dah masuk nak keluar tu susah sangat, dah la tangan hubby penuh ambil barang, aina suruh dia tunggu di tepi jap, aina nak tengok di corner-corner tu jual barang murah ke mahal. Suami aina pun berdiri di satu corner yang orang tak dapat nak tolak haha.

Aina masuk ke kedai jual jamu & barang-barang lain. Niat nak tengok ada tak sabun tanamera. Hari tu terbaca blog kata lepas kita bersalin try mandi guna sabun ini supaya daki-daki sepanjang kita pregnant susah nak hilang akan hilang.
Nasib baik kedai ini ada jual, RM18 seketul. Aina test tanya barang lain, memang mahal gilerrr di kedai tu, contoh aina boleh dapat minyak kelapa dara RM38, dia jual RM75, so aina beli sabun ni jer dan belah.





Cerita kat suami dah jumpa sabun tanamera, suami pulak gelak, sebab dia ingat napa aina nak mandi dengan sabun "tanah merah". Sebelum ini aina duk sebut nak cari sabun tanamera, suami rasa pelik tapi dia tak tanya, sekarang baru clear, hello sygku, aina nk pantang bukan nk samak :P

Kita sambil sembang sambil pusing-pusing area sana, manatau jumpa barang yang berbaloi kan, Aina pun masuk satu kedai jual bumble bee, tertarik dengan storage bottle ini, sebab harga RM25 dapat 10bottle, lebih murah compare ngn autumnz. Tanya hubby boleh tak nak beli , dia cakap kalau murah ambil, janji pakai ya. 



Kita tak terus bayar, masih round kat dalam kedai ini, sebab nampak ada jual tilam :P
Nampak satu set tilam dengan harga RM85, suami macam berminat, so kita tengok semua, masa nak beli aina tanya boleh ke tilam ini letak di baby cot?
Dia cakap ini tilam travel. Kalau nk gi mana-mana bawa jer tilam ini, tapi baby cot besar tak boleh. Last-last kita decided beli juga, sebab murah compare ngn shopping mall dekat harga RM200 tu,  katalah kita nak letak baby atas katil, risau pula ada kotor yang kita tak nampak  semua, nak letak kat ruang tamu pun senang pas ini or balik kampung baby tidur atas tilam dia sendiri :)




Masa ini dah dekat asar, suami pun cakap nak letak barang ke dalam kereta dulu, baru solat dan sambung shopping, so on the way nak keluar tu hati aina duk fikir mana tommee tippee, nak beli bottle baby yang 50% discount tu, hah....jumpa juga masa nak keluar ke main hall, haha. 
Suami aina tunggu di tepi satu ruang kecil, aina yang masuk cari barang, sebab memang full dan suami aina pun tak tau sangat harga-harga. 
Nak masuk tu kena beratur, sampai turn pekerja sana akan tanya : "nak shopping bag?"
Of course aina jawab "Yes, tq.".
Shopping bag sana macam bag kita letak set toto tilam tau hahaha.


So ni la yang aina grab dalam kedai TT tu:-
1. Set feeding bottle,
2. JJ cole body support
3. Food container.
4. TT teats
5. Oral care kit.

Semua ini memang discount hebat baru aina beli tau.
Body support tu mahal, masa aina ambil harga tulis 20++, tapi balik rumah buat record buku harga dalam resit RM50++. Beli ini pun sebab stroller abg daris dulu dah lama xpakai, pindah rumah hari tu pun dah kena debu semua, takut kotor, so beli ini jer la, membazir kalau beli stroller baru.
Total beli semua ini dalam RM200++.



Keluar dari kedai tommee tippee, aina pun jumpa dengan hubby,kata boleh la letak barang dalam kereta dulu, baru jer nak keluar Aina jumpa pula Pureen sales :P
Ala-ala tepi tu jer, Aina pun minta izin nak gi round-round tengok ada murah tak.
Suami berdiri di tepi again, sebab tangan penuh tak dapat nak teman aina masuk.

Barang yang aina beli dalam kedai pureen :-

1. Detergent 
( memang sejak abg daris born pakai brand pureen ni.)

2. Bottle susu utk abg daris
(takde berat sebelah, hari tu dah beli avent baru untuk abg daris dah :) )  


3. Pureen liquid cleanser refill pack
(dah habis flavor original, so aina malas nak tukar yang ada flavor, ala-ala murah beli satu jer cukup.)


4. Pureen shower
(yang ini wangi & murah, kalau tak silap RM11 jer, so grab satu)


5. Pureen wet tissue
(beli ni sbb value pack 2x100's)


6. Sarung tangan & kaki

7. Bengkung baby
8. Seluar new born sekali dengan sarung kaki
( RM8 sahaja, so aina grab satu, walaupun new born tapi dia punya getah longgar tak ketat, so baby akan selesa pakai inshaAllah.)


9. Ubat gigi
( abg daris dah pandai gosok gigi ma ajar tu, suka pulak flavor oren, so aina beli satu untuk dia hehe )


10. Wet tissue feminine

Free gift : mini shampoo & head to toe wash.

Total spend dekat pureen dalam RM105.




Kali ini betul-betul suami letak barang ke dalam kereta :P
Lepas tu solat. Haha.


Suami ajak makan lepas tu, tahap lapar kita tu macam nampak bekas kosong pun boleh imagine letak makanan dalam tu hahaha.
Tapi aina minta nk jalan-jalan ke Hall 3 sebelum makan. Sebab dah keluar memang tak rasa nak masuk balik.
So aina masuk ke hall3 dan jumpa satu kedai Autumnz tapi agak besar kedai ini, ada jual bra untuk breastfeeding semua. So aina pun grab 3 helai, takde gambar ya :P
Memang murah bra breastfeeding dekat sini, RM26 sehelai.
Puas aina tengok bra breastfeeding di hall 2 tadi semua rm39.90, harga semua lebih kurang macam tu dan ada lagi mahal wehhh.


   


Last things kita beli adalah Sterilizer + Warmer combo dan tempatnya di Hall 3.
Berdiri di sana dekat 40min untuk decide nak ke tak nak.
Zaman abg daris dulu mana ada semua ini hah, sian kat ma yang tolong aina dalam pantang dulu, kena guna air panas untuk panaskan susu yang aina dah pump. Nasib baik aina ada MIL yang baik <3
Aina dah survey, brand autumnz pun nak RM180++, even di lazada ada orang comment kadang warmer tak function, jadi takut nk beli.
Kalau beli warmer little bean ini RM69, kalau ambil satu set RM169.00.
Hubby cakap beli jer satu set ini, rumah kita biasa on aircond, takut ada bacteria, baik ada sterilizer. Dulu anak sulung mana nak tau pasal semua benda ini, bukannya ada orang guide :( Sekarang dah grab experience. 


Ini semua la barang kita beli di baby expo, kalau tak beli sekarang pun kita akan beli nanti, nanti harga lagi mahal, yang penting pakai dan jangan membazir apa kita beli. Tak pernah Aina & Suami shopping sekaligus barang semua macam ini tau, sebab nak jimat punya pasal hehe.



Dinner kita pilih yang paling cepat & tak perlu tunggu lama - MCD :)
Kaki masa tu lengguh sangat-sangat, perut pun mengeras aja, so memang duduk kat MCD agak lama sebelum kita drive balik ke kuala selangor.
Bagus juga tinggal jauh haha, jimat duit. Sampai rumah terus catat dalam buku berapa dah spend semua. 


Bersyukur, kerana kita mampu lagi beli semua ini untuk anak yang kita sayang, rezeki daripadaNya, walaupun sejak awal pregnant dengan penuh dugaan, tapi semua ini sebab Allah nak ujikan kita, apa yang kita minta dia bagi, so dia uji kita dengan cara lain.


Tips Aina :


1. Sebelum pergi baby expo sila study dulu ya, apa yang boleh beli apa yang tak boleh, bukan semua barang dalam expo tu murah.


2. Nak senang list down barang yang nak beli dulu,so sampai sana tak kelam kabut & terbeli benda yang tak perlu.

3. Intai-intai harga di shopping mall or online shop, lepas tu compare ngn harga baby expo. 


4. Prepare cash dalam wallet, bukan semua kedai terima credit/debit card. Certain kedai Cash only.


5. Contoh barang yang kita nak beli dalam harga RM4xx.00. So sediakan jer duit RM500.00 dan mengelakkan guna card, masa RM500 dah habis tu, hah, masa untuk pulang ke rumah :D


6. Datang baby expo disebabkan nak jimat, jangan pulak kita beli disebabkan nafsu kita ya dan membazir.
Barang branded aina tak akan main beli macam tu. Contoh botol susu di luar yang biasa pun dah dekat RM17,18 satu, sekarang brand TT jual RM20,22 satu, hah masa ini aina akan grab, bukan botol ini macam emas, sampai masa kena tukar juga, so kena bijak masa menjadi pembeli.


7. Baju baby tak perlu beli banyak, especially baju NB. Ada yang baju NB boleh pakai jer 1minggu, lepas tu simpan, normally aina akan pilih baju 3-6m or 6-12m. 


8. Pampers baby NB tak perlu beli mahal-mahal, sebab sehari dia akan poo banyak kali, pilih yang quality ok dan murah pun dah cukup, lagi pun kita tak tau pampers yang dah borong banyak-banyak tu sesuai tak dengan baby kita.


9. Kalau boleh tukar-tukar botol susu baby, jangan stick dengan satu brand sahaja, contoh sediakan botol anakku, pureen, tt, pigeon di rumah supaya baby kita boleh sesuai dengan semua jenis bottle susu & boleh juga terima kalau kita bf baby.



Ok, rasa dah terlalu panjang aina membebel :)
Assalamualaikum & terima kasih sudi baca entry ini.




Baca Selanjutnya »
AINA AUDREY GAN © . Designed by MaiGraphicDesign